Siti Mohani Saad

Transfer..magic word...siapa pun tak suka. Maklumlah bukan mudah, walau apa pun status kita, berkeluarga atau tidak. Tapi selalu dikatakan single senang di tukar kemana saja...tak adilkan anggapan macam tu. Tapi tak apalah, itu kan manusia sentiasa ada pendapat yang memihak kepada diri sendiri.

Tapi bila difikirkan, perpindahan itu ada kebaikannya, sedangkan Nabi pun berhijrahkan untuk kebaikan. Perpindahan membuat ku lebih matang, ramai kenalan dan pengalaman hidup dipelbagai tempat, bergaul dengan bermacam rentak dan sikap manusia.

Langkawi banyak membuka mata dan minda ku dalam karier, tempat pertama aku berkhidmat sebagai ketua stesen, selalunya pengalaman pertama adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bukan saja tempatnya memukau hati tapi warga kerjanya juga ‘very supportive’. Kami bagaikan keluarga dan amat mengembirakan dan kami masih keluarga hingga hari ini. Bila saja menjejakkan kaki ke langkawi, rasakan bagai balik kampong, ada keluarga yang menunggu.

Tapi yang indah itu akan tetap berakhir juga. Setelah 4 tahun, aku ditukarkan ke kedah. Mungkin perpindahan ini menguji sejauh mana semangat kekeluargaan kami akan berkekalan. Ya, kami masih sama, mungkin aku salah tapi bagi ku, aku masih sayangkan semua di langkawi sama seperti dulu.

Kedah, distesen yang lebih besar dan tentulah cabarannya juga besar tapi Alhamdulillah, aku dapat diterima dengan baik di sana walaupun mungkin ada yang tidak tapi biasalah kan, kita manusia dan itu adalah lumrah tapi aku gembira, satu lagi pengalaman yang yang tidak dapat dilupakan.

Pelbagai insiden yang berlaku, kalau boleh ditakrifkan kepahitannya amat sangat, benar benar menguji aku tapi Alhamdulillah berkat kesabaran, ketabahan, percayakan diri sendiri serta ketentuan Illahi, aku berjaya mengharungi semua itu. Aku rasa lebih kuat dari segi semangat dan ketakwaan.

Lebih kurang 2 tahun setengah aku di kedah. Di sebalik apa yang aku lalui, masih ramai yang sayang dan hormati aku, yang membuatkan aku gembira di sana. Mereka juga keluarga ku kini walau pun telah sekali lagi dipindahkan ke pulau pinang.

Apa yang diharapkan, pulau pinang akan menjadi satu lagi destinasi yang akan menambahkan pengalaman dan ahli keluarga ku. InsyaAllah.

3 Responses
  1. Sufina Halim Says:

    I love you too, sampai hujung nyawa. I have Kakak, Ateh, Aya, Adik and Kak Ani. Semua my sisters. Halina kakak kembar tak sama characters.


  2. Sufina Halim Says:

    Halina kata dia pun sayang Kak Ani, tapi dia tak reti nak habaq. Dia kan keras mcm batu. Pienna pulak cayaq ceroi mcm Neng Yatimah.


  3. luahan rasa !!!!! pergh!! kalah pkz...namun ..gua pun sayang korang semua jugak..ikhss..iksssh..