Siti Mohani Saad
RTM baru saya menyambut ulang tahun ke 63 tahun pada 1 april 2009. Sejak awal tahun 2009, bukan saja wajah RTM (TV) telah berubah berikutan dengan penstrukturan baru TV1 (saluran informasi) dan TV2 (dunia ria), tetapi Ketua Pengarah nya juga telah berubah. Tahniah Datuk Ibrahim Yahya yang lebih dikenali sebagai "Tiger". Selain itu RTM juga telah mendapat Menteri yang baru, tahniah dan selamat datang YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan terima kasih YB Datuk Ahmad Shaberry Cheek.


Dalam perjumpaan sempena sambutan ulang tahun RTM tersebut, terlancarlah Trasformasi RTM Era Digital. Apa yang diperkatakan, bukan saja RTM akan berubah ke arah digital tetapi perubahan ditagih dari semua aspek, budaya kerja, semangat kekitaan, minda yang sentiasa bergerak aktif (secara positif) kearah pembangunan dan kemajuan diri, organisasi dan negara.


Tetapi boleh kah kita warga kerja RTM berubah selaras dengan inspirasi tersebut?. Oleh itu timbullah istilah kalau tidak menerima "transformasi" baiklah terima saja "transfermasi". Inilah cabaran kepada kita semua, bersedia bergerak seiring agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa ada yang menjadi 'passenger' dan yang lebih menyedihkan lagi sekiranya ada yang, dahlah tidak dapat memberi apa-apa sumbangan, bertindak pula merosakkan imej jabatan, menjadi batu penghalang, memporak perandakan ikatan keharmonian di pejabat. Kalau ada yang tergolong dalam kumpulan ini, muhasabahlah diri, fikir-fikirkanlah.
1 Response
  1. LeNore Says:

    Rasanya transfermasi is your middle name :) tapi Transfermasi yang slalunya membuahkan transformasi yang membemberangsangkan.. sirih skg sudah pulang ke gagang..apakah akan kekal menggilap mutiara disana?