Siti Mohani Saad
RTM baru saya menyambut ulang tahun ke 63 tahun pada 1 april 2009. Sejak awal tahun 2009, bukan saja wajah RTM (TV) telah berubah berikutan dengan penstrukturan baru TV1 (saluran informasi) dan TV2 (dunia ria), tetapi Ketua Pengarah nya juga telah berubah. Tahniah Datuk Ibrahim Yahya yang lebih dikenali sebagai "Tiger". Selain itu RTM juga telah mendapat Menteri yang baru, tahniah dan selamat datang YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan terima kasih YB Datuk Ahmad Shaberry Cheek.


Dalam perjumpaan sempena sambutan ulang tahun RTM tersebut, terlancarlah Trasformasi RTM Era Digital. Apa yang diperkatakan, bukan saja RTM akan berubah ke arah digital tetapi perubahan ditagih dari semua aspek, budaya kerja, semangat kekitaan, minda yang sentiasa bergerak aktif (secara positif) kearah pembangunan dan kemajuan diri, organisasi dan negara.


Tetapi boleh kah kita warga kerja RTM berubah selaras dengan inspirasi tersebut?. Oleh itu timbullah istilah kalau tidak menerima "transformasi" baiklah terima saja "transfermasi". Inilah cabaran kepada kita semua, bersedia bergerak seiring agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa ada yang menjadi 'passenger' dan yang lebih menyedihkan lagi sekiranya ada yang, dahlah tidak dapat memberi apa-apa sumbangan, bertindak pula merosakkan imej jabatan, menjadi batu penghalang, memporak perandakan ikatan keharmonian di pejabat. Kalau ada yang tergolong dalam kumpulan ini, muhasabahlah diri, fikir-fikirkanlah.
Siti Mohani Saad
Lama benar tidak menulis, entah kenapa. Sibuk sikit dan rasa buntu bila dah di akhir tahun banyak benar yang nak dibuat.

Tahun baru ....selalunya bila sambut tahun baru, apa yang ditanyakan 'apa azam kita untuk tahun yang akan tiba'. Bosan juga kan tiap tahun soalan yang sama tapi aku pasti ramai yang tak dapat berikan jawapan yang pasti. Azam adalah janji kita tapi perlu ke pada setiap kali menjelmanya tahun baru. Bagi ku seperti bait lagu ' apa guna berjanji kalau tak dapat tepati'.

Tak payahlan azam azam ni, kerana kebanyakkannya hanya beriya-iya dipermulaan tahun tapi lepas tu hilang entah kemana. jadi lebih baiklah kita teruskan saja hidup kita, cuba memperbaiki apa yang kurang dengan tidak terikat dengan apa-apa janji, InsyaAllah kita kan berjaya.

Selamat tahun baru semoga tahun 1430/2009 akan memberi kita semua kejayaan dan keberkatan. InsyaAllah.
Siti Mohani Saad
Popular ke kita ni, siapa tak kenal DJ….. dan DJ…..? Senang benar kita terpedaya dengan dunia glamor hingga kita lupa peranan dan tanggung jawab kita sebagai penyiar. Dulu dipanggil penyiar atau juruhebah, hanya sekarang lah nak lebih canggih, nak panggil DJ. Tak happening, tak glamour jika disebut penyiar atau juruhebah. Panggilan-panggilan seumpama ini lah yang membuatkan mereka yang menceburi dalam bidang ini lupa diri, lupa tanggung jawab sebenar. DJ, disc jockey, memanglah tugasnya menyiarkan lagu-lagu saja. Tapi kita di RTM ini adalah penyiar, bertanggung jawab untuk menyampaikan segala info yang dapat menjadi panduan masyarakat dengan cara yang dapat diterima dan difahami. Tak kiralah apa jua panggilan yang kita guna, kita mesti tahu siapa kita dan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.

Kalau dibandingkan penyiar dulu dan sekarang, amat jauh bezanya. Maaflah kalau ada yang terasa. Kalau dulu, penyiarnya bertugas kerana minat dan bakat yang mereka ada tapi penyiar kini lebih utamakan bayaran dan dunia glamornya. Yang penting aku datang kerja, masuk konti, habis balik, esok datang lagi kalau ada nama dalam roster, cukup bulan dapat gaji. Tidak pernah terfikir, hari ini aku kerja, besok aku kerja juga, apa perubahan yang perlu aku laku kan atau ah…buat je lah…peduli apa, aku dibayar untuk bersiaran 3 atau 4 jam. Yang penting siaran berjalan. Sebab itu lah bila kita dengar radio, bosan, asyik-asyik cara yang sama dan kadang-kadang lagu yang sama diputarkan setiap kali bertugas hinggakan dah tau dah, siapa penyiar yang bertugas tanpa mendengar suaranya tetapi dengan mendengar senarai dan urutan lagu yang diputarkan.

Lebih teruk lagi bila ditegur, marah, terima dengan cara yang negatif dah lah tu, majikan pula mesti dengar kata mereka. Oh saya tak boleh bertugas waktu ini, hanya waktu tertentu saja yang saya boleh. Seolah-olah bagi mereka sesebuah stesen radio itu tidak dapat beroperasi tanpa mereka. Bila tindakan diambil, mulalah timbul perasaan tidak puas hati dan ada juga yang berdendam. Salah siapa sebenarnya? Senang saja kalau dah rasa tak dapat memberi komitmen di tempat kita mencari rezeki, buat pilihan mana yang baik.

Bukan nak menyalahkan mana-mana pihak, ketua atau kakitangan. Yang penting, sama-sama perlu saling berganding tenaga, jadikan stesen ini, stesen kita dan berbangga dengan apa yang kita lakukan dan bukan hanya kerana dibayar. Memanglah siapa yang tak nak duit tapi biarlah keduanya seimbang. Ketua diamanahkan untuk menentukan stesen diterima dan disukai ramai, apa yang disiarkan didengar dan memberi menafaat kepada mereka yang mendengar. Ketua juga mempunyai ketua yang lebih tinggi dan setiap tindakan dan arahan itu adalah mengikut apa yang telah ditentukan. Sebagai kakitangan pula, kita juga mempunyai tanggung jawab yang sama terhadap tempat kita mencari rezeki.

Apa pun sebenarnya, terpulang pada diri kita sendiri, jalan yang kita pilih untuk menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kita. Gembira ke hati kita kalau apa yang diamanahkan kita abaikan????
Siti Mohani Saad
Dalam sesebuah organisasi mesti ada kumpulan yang menentukan perjalanan pentadbiran organisasi itu agar lebih baik. Sering kali keputusan akan dibuat bersama semua golongan pengurusan dan kekadang bersama dengan semua kakitangan yang terlibat. Tetapi sering timbul tanda tanya, kenapa setelah keputusan dibuat, masih tidak dipatuhi oleh semua yang terlibat. Dimana letaknya tanggung jawab kita sebagai individu yang menganggotai organisasi tersebut.

Kenapa mesti ada pula orang lain yang perlu mengingati kita setiap saat, setiap hari akan perkara yang perlu dibuat atau diambil tindakan. Tidakkah kita mempunyai tanggung jawab untuk meneliti semula keputusan yang dibuat dan ikut sebagaimana yang sepatutnya. Kalau tidak setuju kenapa tidak dibawa berbincang Kenapa mesti memberontak secara diam? Lebih menyedihkan lagi sekiranya keadaan ini dilakukan sendiri oleh kumpulan yang tergolong dalam peringkat pengurusan, kumpulan yang sama-sama membuat keputusan.

Siapa pun kita dalam sesebuah organisasi itu, kita semua bertanggung jawab terhadapnya, samada kita baru bekerja ataupun telah lama bertugas. Yang menyedihkan lagi, perkara seumpama ini dilakukan oleh mereka yang telah lama bertugas yang sepatutnya menjadi teladan kepada pelapis-pelapis baru. Cuba kita renungkan, jika kita menjadikan sikap buruk ini satu amalan, apa pula implikasinya terhadap diri kita sendiri, rakan setugas, ketua kita dan jabatan kita.

Sudah sampai masanya kita menghapuskan tohmahan terhadap ketidak keberkesanan peranan kita sebagai kakitangan Kerajaan. Kalau masih ada lagi yang berkata negatif terhadap kita, perlukah kita melenting sedangkan kita sendiri sedar, setakat mana kita melaksanakan tanggung jawab yang telah diamanahkan.

Ini tidak, bila ada suara-suara sumbang yang mengatakan kakitangan kerajaan tidak efisyen, ohhhhh… kita kecil hati dan kecewa. PATUTKAH????


‘Don’t ask yourself what the world needs. Ask yourself what makes you come alive and then go do it. Because what the world needs is people who have come alive’ : Harold Thurman Whitman, Philosopher.
Siti Mohani Saad
Semua kita takutkan feedback atau kita katakan kritik, kenapa ya? Mungkin takut untuk tahu atau dengar kebenarannya. kenapa kita selalu mengandaikan feedback itu dalam erti kata negatif? Bukankah feedback itu akan menjadi salah satu panduan untuk kita menentukan arah tuju dan memahami apa yang kita lakukan selama ini betul atau tidak. Sememangnya, kekadang tu, ada feedback yang diberikan hanya untuk menghalang kita melakukan sesuatu atau tidak mahu kita terus berjaya tetapi ada juga feedback yang sebaliknya. Di sinilah peranan kita untuk menilainya. Kita mesti berupaya mendengar, menilai dan mengambil tindakan.


Kita selalu bertindak secara yang tidak rasional bila mendapat feedback termasuk diri ku. Terus melenting dan mengaitkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, seolah-olah cuba mencari salah orang yang mengkritik kita dan menutup kelemahan atau kesalahan diri sendiri. Unsur-unsur inilah yang sering membuatkan kita tidak dapat maju dan memberi tekanan kepada diri sendiri tanpa sebab.


Cuba perhatikan, dikalangan kita, tak kiralah di peringkat mana, boss atau kakitangan, ibu bapa atau anak-anak, suami atau isteri, sesama kekawan, bila dikritik mulalah kita membuat andaian sendiri, boss tak suka kita, ibu bapa tak sayang kita dan sebagainya. Ada setengah tu terlalu ego hingga tidak mahu lagi bertegur sapa. Salah ke kalau kita menerimanya dengan fikiran terbuka. Ambil tindakan berdiam dulu, tanya kepada diri kita, kenapa,? dimana salahnya? dan cuba berbincang semula dengan pengkritik tersebut, kenapa dia mengambil tindakan tersebut kerana ini tentu ada sebab musababnya dan sama-sama berbincang mencari penyelesaiannya . Keadaan ini akan mengujudkan keharmonian dalam apa jua situasi kita berada InsyaAllah.


Oleh itu sekiranya kita menerima feedback atau kritikan, tidaklah perlu berasa kecewa, menangis, marahkan orang memberi kritikan ataupun hanya buat-buat tak dengar kerana kritikan atau feedback itu hanyalah satu informasi. Terimanya dengan fikiran yang terbuka, tidak kiralah dalam bentuk negatif atau pun positif. Gunakannya untuk memperbaiki apa yang perlu.

'Feedback is the breakfast of the champion' : Ken Blancard & Spencer Johnsan, Coauthor of The One Minute Manager.
Siti Mohani Saad
Kita sering menyalahkan takdir bila sesuatu berlaku kepada kita. Apakah itu semua kenentuan takdir atau kita sendiri memilih takdir kita begitu? Bukankah hidup ini tanggung jawab kita? kita yang tentukan arah tujuan kita? Tetapi kenapa takdir disalahkan? Adakah ini hanya untuk menutup kelemahan diri? Menjadikan sesuatu yang lain sebagai mangsa agar kita tidak nampak bersalah dalam sebarang kepincangan yang berlaku hasil dari tindakan kita sendiri.


Seperti kata Jim Rohn - America's foremost business philosopher, 'you must take personal responsibility, you cannot change circumstances, the seasons or the wind, but u can change yourself' . Betul kata-kata ini, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang berlaku kepada kita, jika tidak kita sendiri. Kita bertanggung jawab menentukan jalan kehidupan kita. Tidak perlu menangisi apa yang telah berlaku tetapi kita perlu berusaha menilai kenapa dan mengapa ia berlaku. Jawapan sebenarnya ada pada kita, kita yang menentukan kejayaaan dan kegagalan kita. Kalau kita sedar , ita yang mencipta apa yang berlaku, kita mesti berusaha mengubahnya dan mencipta semula semua itu mengikut acuan yang kita mahukan.


'It is time to stop looking outside yourself for the answer to why you haven't created the life and results you want, for it is you who creates the quality of the life you lead and the results you produce'...........'you ...no one else'...


'If you keep on doing what you have always done, you will keep on getting what you have always got. The day you change your responses is the day your life will begin to get better' : Jack Canfield


'All blame is a waste of time. No matter how much fault you find with another, and regardless of how much you blame him, it will not change you' : Wayne Dyer, coauthour of How to get what you really, really, really, really want.


Hidup ini kita yang tentukan jadi bertanggung jawablah terhadapnya. Sesiapa pun tidak dapat mengubah nasib seseorang itu, kecuali diri sendiri
Siti Mohani Saad
Sembahyang sunat hari raya....semua masjid akan penuh dengan semua umat Islam dari pelbagai lapisan umur, dari semuda-mudanya hingga setua-tuanya. Bangga sekali aku lihat anak-anak kecil yang dibawa ibu ke masjid walaupun mereka tidak sebenarnya bersembahyang tetapi mereka mengikut apa yang orang dewasa buat dan yang menariknya mereka tidak membuat sebarang bising semasa ibadat sembahyang dijalankan Alhamdulillah. Tahniah kepada ibu bapa yang sanggup berusaha mendedahkan anak-anak kecil mereka ke jalan yang dituntut Allah.



Begitu juga, terdapat ramai golongan warga emas yang terpaksa bertongkat, dipimpin oleh sanak saudara dan ada juga yang berkerusi roda yang tidak mahu ketinggalan. Terlintas difikiran ku, kadang-kandang kita yang sihat walafiat dan mempunyai kudrat melaksanakan sembahyang sunat setahun sekali itu masih tidak berminat untuk menunaikannya tapi lihatlah mereka, kekurangan yang ada bukan satu halangan malah mereka lebih bersemangat. Sedih dan kekesalan ku rasakan, banyak kali juga aku tidak menunaikan sembahyang sunat ini, yang aku sendiri tidak tahu apa alasannya.

Kehadiran ku di Masjid Sungai Lokan tahun ini, seolah-olah membuka lembaran baru dalam pemikiran ku bagaimana nikmatnya dapat menunaikan sembahyang beramai-ramai berjumpa saudara mara dan teman taulan yang lama tak jumpa, maklumlah aku tidak tinggal di kampong. Aku berdoa akan terus terbuka hati aku untuk tidak mengabaikan sembahyang sunat Aidilfitri ini yang hanya akan kita tempuhi setahun sekali. InsyaAllah.


Ya Allah, berilah rahmat dan hidayah Mu kepada hamba mu yang lemah ini.